JENIS-JENIS IKAN KELAH

SPECIS IKAN KELAH DI MALAYSIA

Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:
a) Tor Tambra
b) Tor Tambroides
c) Tor Duoronensis 
Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”.  Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya.
"Tor Tambroides"
Ikan Kelah Merah
Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat
 
“Tor Duoronensis”
Ikan Kelah Hijau/Empura/Semah/tengas
Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Ikan pelian di Sabah pula dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis”.


“Tor Douronensis”
Ikan Kelah Biru
Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” sahaja yang boleh membesar sehingga melebihi 1 meter.

 Golden Masheer yang terdapat di India dan Thailand
Terdapat jalur belang hitam ditengah badan ikan.

Sumber Fish Hunter

Persekitaran ikan kelah
KAWASAN JERAM KEGEMARAN KELAH

Ikan Kelah merupakan kelompok ikan yang hidup di habitat kawasan pergunungan , mempunyai air terjun, airnya yang jernih serta mengalir deras. Ini bermakna jika anda cuba memeliharanya di luar dari habitat asalnya anda mesti menyediakan suasana dan keadaan yang sama atau hampir sama dengan habitat asalnya. Jika tidak ada kemungkinan ikan anda akan mengalami stress akibat dari keadaan persekitaran yang asing.
      Ada beberapa cara dan teknik bagi mewujudkan persekitaran hampir menyerupai habitat asal. Berikut adalah beberapa tip untuk mewujudkannya;
1) Gunakan pam air berkapasiti tinggi sesuai dengan saiz kolam.Air yang sentiasa bergerak akan membekalkan oksigen cukup untuk ikan dalam kolam.
2) Letakkan tumbuhan rumpai air seperti keladi bunting, sedikit kiambang atau teratai. Elakkan tumbuhan yang menutupi penuh permukaan air. Cahaya matahari juga perlu bagi tumbuhan dan ikan dalam dasar kolam. 
3) Air mestilah sentiasa bertukar atau ditukar setiap minggu bagi memastikan air sentiasa segar dan jernih. Jika anda kreatif buat saluran sambungan dari bumbung rumah anda, cara ini amat berkesan dan menjimatkan.
4) Jangan memberi makan terutama pallet dalam kuantiti berlebihan, makanan yang berlebihan akan cepat menurunkan kualiti air kolam, ph air and kandungan ammonia akan berubah jika pallet berlebihan termendap.
5) Sentiasa menukar dan membersihkan mendapan keladak air di tempat penapis air (jika ada ).
6) Jangan dedahkan air terus kepada cahaya matahari, buat sedikit bumbung atau penghadang cahaya matahari supaya lumut hijau tidak cepat membiak.


No comments:

Post a Comment